Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, December 4, 2008

Bagaimana Nak Jadi Jutawan Tanpa Perlu Berniaga

Hai...

Berjumpa lagi...Walaupun line server kurang memuaskan hari ini..saya tetap kembali untuk membaca email yang saya terima..Di antara email yang menarik yang boleh saya kongsikan di sini ialah. Petikan email daripada saudagar jutawan internet Mohd.Nizam
Rahsia Bagaimana RM100 menjadi RM979,307!
Selamat membaca dan bebaskan diri dari hutang dan jadilah seorang penyimpan yang bijak....Semoga anda terhibur dan sukses...

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia
orang kaya yang mungkin anda sudah tahu
tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30
tahun akan datang, masanya untuk kita
mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana
mereka mengandakan wang mereka tanpa
perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!

Simpanan bermaksud anda menyimpan wang
diinstitusi kewangan yang memberikan
pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya
nampak biasa tetapi berapa ramai antara
kita yang menyimpan wang secara tetap
setiap bulan?? ;(

Tahukah anda masa adalah musuh utama
kerana ianya bakal menentukan samada
anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,
dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika
anda bersara kelak. Jika anda bermula
menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22
sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar
faedah 12 peratus,anda telah mempunyai
RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur
55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan
untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai
65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali
banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini
tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan
kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang,
inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit
wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak
langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana
dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya
mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam

Bagaimana Membebaskan Diri Daripada Belenggu Hutang PiutangB

Satu lagi email letter daripada saudara Nizam yang mungkin boleh kita fikirkan bersama tentang tabiat kita yang suka berhutang...tapi agak memeningkan kepala apabila cukup bulan...lebih-lebih lagi yang suka berlagak nak jadi orang kaya dengan penggunaan kad kredit melampaui batas pendapatannya sendiri.

Saya amat setuju dengan saudara Nizam, justeru itu saya kongsikan dalam blog ini agar ia menjadi panduan dan motivasi kita agar kita tidak dibelenggu oleh hutang yang membebankan kita....Insya Allah.

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

Mohamad Salleh, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.

Demi Kejayaan Anda,
Mohd Nizam
-> http://jutawanautomatik.com/rahsia

Bagaimana....puas hati atau sebaliknya....saya akan terus memaparkan artikel yang menarik bagi tatapan kalbu kita dari masa ke semasa.

MAKE INCOME TOGETHER

Fast Action Bonus

Free Audio Training For Our Members
$47.00 Value


Bob The Teacher's 7 Secrets
To Success With Squidoo

Download The Squidoo Secrets 2.0 Apprentice Program and start mastering Squidoo and Web 2.0.

Bob Jenkins is known world-wide for his no-fluff instruction and he's over-delivered once again with the new and improved Squidoo Secrets.

Here's your chance to start learning from Bob, get more traffic, build your reputation, and grow your online business faster.

Get Squidoo Help Now

Get Even More Referrals From Our Viral YouTube Video


Why Use Squidoo?
Click To Learn Now...

Click Here To Learn Secrets To Squidoo